Search This Blog

Minggu Suai Kenal Asrama Desa SK Sungai Padas Sandakan.

 PROGRAM AKTIVITI ASRAMA DESA SK SUNGAI PADAS SANDAKAN.

         Januari 2015 merupakan awal persekolahan sudah tentu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah sibuk dengan penyebaran maklumat dan perancangan aktiviti. Taklimat demi taklimat diadakan bagi mempastikan pencapaian sekolah dapat mencapai sasaran pada tahun semasa seperti apa yang diharapkan bagi merialisasikan Visi dan Misi Sekolah mencapai matlamatnya.
       
         Program Motivasi dan suaikenal pelajar Asrama anjuran JawatanKuasa Konseling Sekolah bersama Pembantu Pengurusan Asrama yang diadakan adalah bertujuan memberikan penyesuian diri pada hari-hari pertama persekolahan dikalangan para pelajar yang tinggal di asrama desa SK Sungai Padas.Program ini sudah tentu memberikan bimbingan kepada pelajar untuk hidup berdikari, dengan mendisiplinkan diri disamping dapat bergaul dan menyesuaikan diri bersama rakan-rakan agar sentiasa saling mengenali diantara satu sama lain disamping hidup saling bantu membantu diantara rakan sebaya.

  Adalah menjadi harapan sekolah, pelajar-pelajar asrama desa ini menjadi rol model kepada pelajar-pelajar yang tidak tinggal di asrama dalam semua bidang baik dari segi pencapaian Akademik, perkembangan Jasmani emosi mahupun intelek.Usaha dan kometmen guru-guru JawatanKuasa Pengurusan Asrama serta pembantu pengurusan murid perlu digembling bersama dengan menyediakan program dan aktiviti yang bersesuaian bagi mengenalpasti kejayaan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.


        Apa pun rintangan yang dihadapi dalam pengurusan infrastruktur dan kemudahan asrama bukan menjadi penghalang untuk mengunakan kesempatan kemudahan yang ada, yang sudah tentu peluang tinggal asrama desa sekolah rendah ini tidak ada pada sekolah lain sebaliknya peluang ini digunakan untuk terus memberi peluang kepada pelajar-pelajar  terutama yang tinggal jauh serta golongan yang berpendapatan rendah untuk sama-sama menikmati kejayaan dan cemerlang dalam semua bidang. Namun adalah amat diharapkan pihak Kementerian dan Jabatan Pelajaran Sabah, dapat memberikan perhatian dalam mempastikan bekalan dan infrastuktur keperluan asrama dapat diselangarakan dengan seberapa segera, 
memandangkan keperluan yang ada teramat daif serta keperluan yang mendesak.
 
          





No comments:

Post a Comment